Creator Lover

Creator Lover
hey kamoo..:)

Monday 27 February 2012

kawen atur + kawen awal

salam...

hahaha..haloo sume..all the haters n likers...i dont give it dem! yang penting aku sayam korang..betul..aku x tipu sangat..kuikuikui..

okey entry aku arini nk citer psl kwen..ahaha...honestly sbg ppn kami akui,gugurl mmg suke sgt bile talk psl kwen...nth aku pon x phm..tp lumrah nyer camtu..ppn bile couple dorang mesti nak happy ending iaitu married..wht else kn?

ok...skunk aku bukan nak ckp psl aku nk kwen..mmg TAK la..bapak aku x bg...dye cakap..

aien...toksah nak pkir kwen2 skunk ni...abeh blajar dlu.. ayah x kasi...couple bleh...tp syp2 je..

eh taklah,...yang bab couple tu aku tambah...haha..dh x bg kwen mstilah x bg couple kan??hohoho tp jenis bapak aku ni dye ignore je kalu aku nak ade relationship dgn sape2..yang penting jage name family lelok...

ok...akceli...aku nak tanyer...ade lagi kew kawen atur zaman la la ni?? jawapan nyer ade...hmm..dan mnde tu belaku depan mata aku..one of ma besfren diatur kan oleh pamili nyer utk kawen dgn pilihan keluarge.nak tak nak..dorang dah selamat pon...dan yang aku taw life kawan aku tu amat2 miserable skunk...yelah dah almost 4 bulan kawen tapi dia masih jugak x mampu nak sayangkan pasangan dia..sangat sedih kan cerita aku. kalau aku pon tiba2 dikahwinkan dengan stranger  memang melalak la aku tiga ari tiga malam..oh tidakkkkk

dafuq!






haaa...so aku rase aku mmg xkn kwen dgn stranger yang sangat stranger..maksud aku orang yang langsung aku x kenal...tibe mak suh kwen...mmg xkan...even kalu mak nak sgt atur kan perkahwinan aku...at least give me some space utk aku knl my husband wanna be tu...kan? kan?

bagi aku kawen muda memang amat manis tapi mesti ade 6 mende ni AGAMA, RASIONAL,TANGGUNGJAWAB,READY,HARTA dan SABAR. I will explain to you later..dengan sume ni..insyallah la...korang akan bahagia..sayang tu leyh pupuk...even korang clash arini..maybe esok korang dah boleh sayangkan orang len kan...sebab aty ni x tetap...boleh berbolak balik...bagi aku, cool ape kwen mude..tp kne pandai la...ok...aku explain kat korang kay..


AGAMA
as a muslim...kite kene ade menda ni...kita x perlu la nak jadi alim ulama untuk menunjukn yang kita ni baik sangat kan..no no no...x perlu...but recently..ape yang aku nampak lelaki slalu berlagak alim untuk pikat hati pumpuan..wht for?? xpyh sume tu...cukup la sekadar korang taw menda tu, korang boleh pimpin anak2 dan isteri korang dngan baik..dan si isteri pon taw menda ni dengan baik...Insyallah..rumahtangga korang dapat keberkatan...:)

RASIONAL
ok..kenapa aku cakap rasional...manusia yang mampu bertindak dan berfikir secara rasional adalah ciri-ciri pemimpin yang baik...kenapa aku x cakap educated..sebabnyer..nowardays...orang yang bepelajaran x semestinyer mampu berpikir secara bijak...trust me! thats why aku suke laki bijak tapi rasional...even die xdek diploma,degree,phd, whatsoever la...tp as long as dia mampu berfikir secara kritikal dia adelah pemimpin yang baik...nak2 zaman skunk ni..everything mesti nak pakai otak bukan pakai lutut okeyh tak camtu??

TANGGUNGJAWAB
haa...ni pon kriteria penting kot...sebab menda ni pon berlaku based on experience aku...hmm..laki yang xdek tanggujawab seriusly..x pyh kwen la weh...x pyh nak berpikir untuk berkawen pon...please la kalau korang x paham ape itu tanggungjawab...ur guys totally useless...menda ni aku berani cakap sebab aku pernah jumpe spesis bapak orang yang x reti tanggungjawab ni...mmg...ggrrrr...tention jup... dorang ni jenis nak kwen sebab nak make love je kot..dah beranak sume x amek taw..mmg dem! so pleasee...nak kawen bukan senang tolong beresponsible cket k! 

READY
Ready...yer...nak kwen kena la redi weh...giler kalu x...nak kawen soal me me,you you dh xdek dh...oh nooo...nk2 kalu pumpoan..korang kene jage laki korang..urus sume..oh tidak...hehe...byk kali dah aku cakap tidak..haha..entah sebab maybe aku x ready lg kot...yaa...totally correct..:P tp kalu tanyer aku..seelok eloknyer aku nak kwen mude..aku dah give up bercinte! haaaaaa....oh emak kwen kan aku..haha..gatal!

BERHARTA
OK...ape yang aku nak ckp kt sini..korang nak kawen muda x semestinyer korang kne ade bmw, or  korang kene ade umah 17 tingkat..no2...at list korang ade dwet untuk sara bini korang tu...aku pernah bace satu citer..yang laki tu study, popuan pon stdy...laki tu tetap bagi nafkah kat isteri dia taw..even 20rgt...awww...sweet...:) walaupon cket bagi aku bermakna sangat2..:) okay! nak bina kuarga mmg perlukan harta..even nak sebarkan agama pon perlukan harta kan?;)

BERSABAR
hmm...ni sbenarnyer paling penting...x kire la kawen muda ker..kawen yang diatur ker..sabar ni penting ya tuan tuan...sabar ni banyak kelebihan nyer...nak2 kalu kawen muda ni...memang darah panas kan..gaduh cket..kursi meja nak dilambung...kalu korang mampu bersabar...korang terbaik la...tapi aku tak sangat kot..haha..failed disitu..:P


okeyh..aabeh ceramah aku arini...hmm..kalu korang ade sume mende yang aku merapu kat atas ni...korang dah leyh gi pejabat kadi esok daftar kawen kay...haha.. bukan ape..aku cakap ni sebab aku tengok ramai geng2 aku yang kawen mude...memang bagus kawen muda..skurang-kurangnyer korang dah terlepas dose maksiat kan..haa..tp kalu boleh kawen tu bia la bekekalan ke akhir hayat..xnk la kawen sekerat2..sian la generasi korang nty..anak2 korang tu...btul x??btul x??angguk cepat...!!

haa...satu lagi...aku agak pelik parents yang suke menjodohkan anak dorang ni dengan anak sedara mara ker...anak ketua kampung ker...x pon anak pada besfren dorang ker...kenapa??kenapa?? kenapa masih wujud golongan2 ortodoks sebegini?? sedeh aku...common la mak cik..pak cik...give us some space cari pasangn sendri...bukan kami nak cakap yang pilihan mak cik ngan pakcik tu x bagus...bagus! BUT! mak cik ngn pak cik pasti ker yang kami ni akan bahagia??? aiyoooo....menda2 serius camni jangan la dipakse...x payah pakse...taw la kami cari..esok2 ade la cucu..nak berape?? order je..okayh camtu??


okaAY...aku xdek menda da nak carutkan...
AsSalam...:)

#aku memang nak kawen muda..tapi bapak aku x kasi! wahahaha

Tuesday 21 February 2012

kawen awal...hebat!

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)














Saturday 18 February 2012

panduan bersama..

salam..


td tgh jalan2 jumpe menda ni..bagus la...untuk diri aku n kengkawan jgk..:))
renungn2kan la...dan selmat beramal..:)







Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”




Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Monday 13 February 2012

Camne nak elak dari kena bebel dengan mak!

hollaa sume2...haha...entry aku kali ni aku nak bagi step kat korang sume camne nak elak diri dari kena bebel! hoho... bukan ape...Mak dengan bebel umpama irama dan lagu...siess x tipu sangat taw! aku plak kalau sehari tu x kena bebel dengan mak aku maka x lengkap la kehidupan aku hari tu..bangun2 tidow jer dah kena kaw2 punyer...sebab bangun lewat.. bukan aku xnak bangun awal tapi mate aku xmow bukak pada waktu yang mak da tetapkan untuk aku bangun... so salahkan mata aku..jgn salahkan aku..aku xsalah sangt taw.!

so kat sini ade cara2 yang aku ase korang boleh ikut kot..kalu korang xnak ikut pon aku kesah ape kan? haha...gelak antu.. ::



  1. korang pura2 pengsan bile mak korang nak start bebel percaye la nescaya..haha..saje nak gune perkataan nescaya... mak korang akan berlari dapatkan korang pastu dye mst risow giler...sebabkan mak korang tu dah terlalu risow..mesti dia dah lupe nak bebelkan korang td..betul x?
  2. korang cube tukar topic mase dia start nak mebebel tu...contohnyer mse dia nak start bebelkan korang tu korang2 buat la tanyer pasal jiran sebelah ker...xpon korang ajak dia mengumpat orang kampung..selalunyer mak2 ni suke cerita2 camni...bukan mak aku la...mak org lain kat africa nun...mesti dia automatik akan join korang cerita pasal sume ni...haa...try la..
  3. korang ajak dia tgk sinetron ker...telenovela ker..x pon wanita hari ini...ni mmg citer feveret mak2.. aku pon x phm la...citer yang pnjang giler babun camtu pon dorang leyh layan...nak2 citer kat tv3 skang..dari akaq sbelah rumah aku ni x mengandung,dah mengandung,x beranak dah beranak smpai anak dia siap bleh merangkak lagi..cerite tu x abeh2.. mase mak korang nak start bebel tu, korang cakap kan citer sinetron die dah nak start...arini episod akhir..mesti dia x jadi nak bebel dah pastu..kn?
  4. haaa...ni satu lagi..mase mak korang start nak bukak mulut tu...nak bebelkan korang..korang hadiahkan dia dengan macam2...contohnyer sepasang subang reflesia ker,gelang emas tiga kati ker..xpon sbijik banglo berserta orang gaji lengkap! kalu cara camni...jgn cakap mak ko nak bebel..nak bukak mulut pon x dah ase nyer...sbb terlalu happy...bgus x idea aku??haha
  5. lastly...susah2 sgt, korang dengar jelah cakap mak korang tu..kalu dia suruh tu buat jelah...kalu korang mals tahap cipan skali pon...buat2 jelah senyum...kan pahala tu! lalalalalal

hahaha...buat mse ni..tu jelah entry harerm aku..bukan ape..aku buat ni sbb aku slh sorang mangse bebelan mak aku...wahaha..mmg deserve la aku dpt mak kuat bebel dah kalu aku mmg stuborn gilak! pape pon aku sayang mak aku sgt2...mak masak sdp...bau mak yang masam2 tu buat aien rindu bile aien jauh!muahhh2...mak mmg hebat!kalu mak x bebelkan aien...aien x jd orang kot skunk! haha...k la...selamat mencuba...pape risiko..tanggung sendri...jgn cari aku! salammmmmm~~~


korang ade?? :)




Gemuk?? what is the big deal??? *duhh

assalamualaikum dan salam satu malaysia...hoho  (ayat mmg x mpu dibelah)

ok...tajuk entry aku kali ni berkisar tentang gemuk! gemuk? gemuk ni maksud dia saiz badan yang agak besar sebab diliputi lemak2 yang berlebihan... hal ini terjadi sebab pelbagai sebab...sebab nyer..ah malas nk taip...cari sendiri yerk..:P

ok...ape yang aku nak tegaskan kat sini why orang ramai tgk gemuk ni cam jenayah rogol? xpaham aku...ramai yang mendekriminasikan orang gemuk  contohnyer...::


  1. orang gemuk selalu nyer akan dituduh makan banyak walaupun dia orang makan seciput sebesar sehelai bulu kaki jer...dem!
  2. orang gemuk selalu dituduh kuat berpeluh dan berbau masam...jadahnyer...orang kurus ni imun dari bau hapak ker?? cehh...
  3. orang gemuk selalu ditinggalkan bile nak gi mana2 alasan nyer gemuk sangat...takut kereta tu pancit atau semput bile dah jalan..tak pun dikhuatiri makan ruang yang banyak...
  4. orang gemuk selalu diberi makan last2...sebab takut makanan yang ade x ckup untuk yang lain...walaupun mase tu makan tu ade dalam 7 dulang lagi...whatdefak*
  5. orang gemuk selalu jadi bahan umpat,keji,lawak,kutukan,makian dan hinaan..
  6. orang2 gemuk selalu diraba dan digentel2 org tangan2 yang tidak bertanggungjawab ketika waktu senggang..alahai~
  7. orang gemuk selalu menjadi mangsa dikecewakn dalam percintaan..
  8. orang gemuk sering dituduh merosakkan pemandangan yang indah..
  9. orang gemuk selalu dianggap gagah perkasa dan sering disuruh melawan2 penjahat walaupon dorang tu lemah sbenarnyer
  10. last skali orang gemuk sering dipulaukan dirumah kenduri serta majlis2 keramaian mahupun majlis sambut menantu. demm!


haaa...ni jelah yang mampu aku pikir wat mse skunk...actually..bagi aku...gemuk ker kurus is not the big deal...orang2 gemuk juga ade perasaan.. ape korang igt dorang ni pakai hati katak ker...katak mahupun biawak pon ade perasaan taw x...kalu korang kutuk katak tu ari2 cakap dia gemuk...aku ase dye pon bunuh diri..so pleasee...bukak cket aty korang tu...jgn simply nak hina orang kay! marah ni..

kadang2 aku harap malaysia ni amalkan amalan cam kat afrika tu..jadikan gemuk sebagai trend..tp kalu boleh..gemuk sehat la...jgn gemuk sbb penyakit...mmg la tak elok kan...nk gemuk mestilah sehat! ingat tu!!

actually entry aku kali ni untuk kawan aku...sebab dia sangat2 takut nak jumpa boifren dia sebab takut boiyfren dia tanyer apsal x kurus...wey korang! ingat senang ker nak trunkan berat badan! sangat ssh kot...selagi korang x sakit, x berpeluh, x lemas, x sesak nafas..jangan harap laaaah... hmm...so please..kadang2 menda yang kita pikir tu x sehebat dengan orang yang alaminyer... korang jangan nak kerek sangat...badan aku,perut aku, aku punyer suke! kbai!


#haha...saya emo untuk orang2 gemuk! sbb sy pon gemuk tahu! demm!


aku harap sape yang over kutuk orang gemuk tu dapat bini camni...lagi sadis! kn?

Thursday 9 February 2012

sakit :(

sakit yang aku tanggung x sama dgn sakit ape yang korang lihat....
ksih sayang yang aku pupuk mcm sia2...
keliru antara sayang sebagai sahabat dengan sebagai seorang kekasih...
tp xpe...aku tggu..aku tggu sampai waktu tu tibe...aku xkn abaikan ko..aku xkn lupekn ko
bukan aku minta lebih...ckup sekadar hanya menyayangi aku...
aku x mintak harta...aku x mintak utk senang...cukup la sekadar bahagia..
kalu ko x mampu...bagitaw...bia derita ni aku yang tanggung,..daripada aku hidup dgn org yang pernah sayangkn aku...
terima kasih sbb jujur...
terima kasih sebab ko berikan kebenaran..
walaupon kebenaran itu sangat2 menyakitkan..:'(

enough is enough..
saya akan pergi jauh.....