Creator Lover

Creator Lover
hey kamoo..:)

Wednesday 31 July 2013

Jom cantik guna barang dapur! :)

Assalamualaikum peeps! wohoho

haaa....arini aku nak  share something priceless dengan korang... aku nak share macam mana nak cantik dengan barang-barang murah jer..alaaaaa...barang pon guna bahan2 dapur korang nak memasak tu jer:) jom2..aku pinjam 5 mnt masa korang baca oke:)

RAMBUT
oke...dalam banyak2 part yang aku jage kat badan aku adalah rambut. tak tau la kenapa tapi aku sangat2 sayang rambut aku...hehe..oke actually rutin arian aku, bila aku cuci rambut aku akan salut dulu rambut aku dengan santan. korang taw tak santan kelapa tu? aku perah then aku akan perahkan sikit limau nipis. pastu aku akan bubuh dalam peti.kalau dapat semalaman lagi bagus n kalau korang dapat santan tu basi lagi la bagus tapi takut korang tak sanggup pulak..hehehe..so dapat perap 1-2 jam dalm peti pon dah oke. then korang lumur kat atas kepala dari kulit kepala sampai ujung rambut korang. Santan ni bukan je boleh menghitamkan rambut tapi dia boleh melembabkan dan menyihatkan rambut korang. Then dalam setengah jam pastu korang basuh la rambut korang tu.Usually aku akan shamppo rambut aku dua kali using 2 different shampoo.shampoo pilihan aku mestilah sunsilk:) aku pengguna tegar sunsilk kot..hehe..aku akan gune yang warna biru dulu untuk scalp aku then aku guna warna hitam untuk color.aku tak suka rambut aku selain warna hitam.hehe..so after shampoo, aku gune foundation...so settle...eh tak abeh lagi, after that aku nak nasihatkan korang, nak keringkan rambut jangan sesekali gonyoh rambut korang dengan towel kuat.be gentle okeh..kalu boleh just tekap2 je bagi towel tu serap air.hehe dah kering, last sekali aku akan sapu serum.serum ni penting untuk lebatkan rambut. lepas tu believe me! rambut korang akan berkilat...aku tak tipu..cuba dulu oke:)

MUKA
Selain rambut, muke is second things aku jaga, oke fine kulit aku xdak la flawless, putih gebu mana, i admit aku pon bukan putih mana..hahah adat la anak mami...tapi at least aku buat something untuk jaga skin aku.oke mmg mende yang aku buat npk cam leceh..tp believe me...its worth it okey..:)

first step is penyediaan barang. barang2 yang aku guna suma nye ada kat dapur korang tu..tak payah nak beli dah. first aku akan lenyek akan tomato then perah cket asam limau, pastu bubuh dalam peti ice oke, second aku akan pecahkan telur,amek putih nya saja then perah limau nipis cket, bubuh dalam peti ice jgk. oke sementara tunggu masker2 tu sejuk, korang amek segengam beras, basuh then tumbuk sampai halus, tak halus sangat pon takpe, as long as, ade serbuk-serbuk cket tu pon dah oke.korang letak dalam bekas kecik2...korang letak cket air, then letak dalam peti jugak. next korang amek  kunyit serbuk, bubuh dalam bekas lain, campur sikit air, bubuh dalam peti ice jugak. lastly, amek limau nipis,perah dalam bekas lain, same procedure, bubuh dalam peti ice. done! oh lupe...jgn lupe ye..korang perlukan sedikit madu dan oat untuk facial ni..:)

CARA-CARA NYER

  1. 1st step, basuh muka korang dengan air suam, motif nyer nak bagi pori2 muke korang terbuka, so senang nak serap zat2 ni sume oke. lepas siap basuh, lap muke dengan tisu bersih then amek madu, korang gosok madu lebah tadi kat seluruh muka, bia 15 minit then basuh
  2. second, korang amek masker tomato dalam peti korang tadi, bubuh la kat muke korang, make sure sume part kena oke, procedure sme, bia 15 minit then basuh
  3. next, amek putih telur korang td, sapukan seluruh muke, 15mnt bilas muke then keringkan muke.
  4. seterusnye, korang amek beras yang ditumbuk tadi, bia kan air beras tu kering kat muke, dalam 5-7 mnt then korang bilas dengan air.Air beras ni bagus untuk putihkan kulit.
  5. kemudianyer kunyit, haaa...amek sedikit kunyit yang korang sejukan tadi, sapu kan muke buat macam scrub,memang muke korang nampak kuning habis time ni, takpe kalau korang nak tau, kunyit ni agen penyerapan minyak yang baik:)
  6. lepas korang bilas muke korang yang berkunyit tadi, step sterusnyer amek air limau nipis yang diperah tadi,sapu seluruh muke sambil gosok taw, time ni agak pedih cket tapi skejap je...then bilas.
  7. akhir skali, amek sedikit quaker oat yang orang makan tu, korang basahkan muka then gosok dengan oat ni.muke korang akan lembut giler sangat2 time ni..believe me!!
Done! tu utk muke...try la...its really worth it!



BIBIR
Untuk lips pulak aku guna madu, vaseline dengan gula putih/perang. korang gaul tiga2 bahan ni, then korang gosok kat bibir macam scrub. try la...bibir yang pecah2 tu bagus  kalau try.nak2 plak bulan puasa ni kan..eheee...mesti bibir korang pecah2 kan? aku taw.

BADAN
selain rutin harian aku pakai losyen pas madi, sekali seminggu aku akan buat menda ni, hampas kelapa yang dah diperah santanyer  tu, korang gaulkan dengan garam, then biarkan dalam setengah jam, masa korang mandi, korang buat macam scrub badan tu. kulit korang memang lembab giler lepas tu...tak caya? cuba okeh..:)



oke buat masa tu jer la petua yang aku amalkan...tapi rutin harian aku mesti ade pencuci muke safi, pelembab dia n dengan scrub st ives..eheeee...wajib oke!




so you get flawless skin! eheeee...



oke dah abes..
papai...
xoxo
aien with love

Friday 19 July 2013

‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

New Chapter :)

Asssalamualaikum :)

fuuhhh....fuuh....lme nyer x hupdate...maaf..bukan ta nak update tapi kekangan masa yang buat aku tak sempat nak story pape kat sini...takpe2..jom kite review satu-satu..what happen in my life okay..:)

okay...first..about my study..:) Alhamdullilah aku baru je menghabiskan semester 5 aku aritu...feeling? hmmm sangat bercampur baur..seriusly sebab aku rindu kan jengka sangat. Lepas ni, aku tak de dah nak bangun pagi pegi kelas, serabut dengan assigment, test quiz...hadap perangai lecturer..dah tak de dah. Sebab aku dah tamat sesi pembelajaran tapi doesn't mean aku dah abeh menamatkan ijazah aku...eh..belum..:) ade satu sem lagi..aku kena praktikal kat pertubuhan peladang dalam bulan 9 ni. In Shaa Allah..:) wish me luck eh...hmm..pastu last exam...aku risau sangat2. Mana tak nyer...aku sedih sangat, aku tak dapat jawab paper last aku dengan baik..hmmm takutnyer Ya Allah..jangan sampai repeat dah la...aku tanak weh..kalau boleh bia la ikut track yang betol. korang pon doakan aku sama eh.

okay..abeh study, pasal friends... bile dah ade kat umah ni...orang yang paling aku rindu mesti la 3 ekor tu..rain, alen dgn dorn...team members merangkak bestfren aku. lately, dah nak abeh ni lah kitarang rapat giler.,kmane2 je berempat..so sweet kan...sem ni everything buat sama2..sama la cam sem lepas tapi yang ni lg best kot..maybe dah jumpa chesmistry nyer kat ctu..:) nty jap..aku post pic..bg korang tengok sape dorang..:)
ni si Rain

Si Aleen

and my brother dorn

ni masa kitrang buat training utk hrm punyer subj





so ni lah keje kitarang...alhamdullah..sem ni aku really2 have fun..:) mmg stress penat tention...sume ade...but this is challenge and the challenge accepted! yeaayy


so tu bab kawan2 aku..:) next about love story..hahaha..btw..aku tak dek sape2 skang..aku single..and im happy with it..aku xnk ade pape attachment dgn sape2..tapi..tapi...bukan la aku xnk ade sape2...buat mase ni rmai...cewahhh..ayat poyo...cume aku become more selective after this...sbb...aku dah belajar dari pengalaman kot.aku rasa cukup la ape yang aku lalui dengan alif dulu..sampai skang terasa lagi sakit nyer. by the way, aliff dah jadi cikgu sekarang..yeayy...im happy for him...and hopefully die jumpa orang yang dia sayang.. n orang tu pon sayangkan dia lebih dari aku sayangkan dia..amen..;) tak salah doakan kebahagian orang kan??

next about family, well now aku stay ngan family aku sebab aku praktikal tak lame lagi kat area sini jer..hehehe...so hopefully xdek pergaduhan berlaku antara aku n mama..hahah..:) oke...

oke la...nty aku sambung lg k..aku nk tolong mak jap sebab skang bulan puase..:) hehe...dh kul 6 lbeyh..bye2..:P